Sunday, 18 September 2016

Tukar syarat tanah & kerja menambun tanah

Jan 2015..
Disebabkan tanah masih berstatus pertanian,syarat mesti ditukar kpd status bangunan terlebih dahulu..
tempoh masa proses tukar syarat hampir 7bulan..walaubagaimanapun proses permohonan loan rumah kerajaan boleh diteruskan dengan syarat resit untuk tukar syarat pertanian kpd bangunan disertakan bersama..semua urusan diuruskan oleh peguam yg dilantik..sy menggunakan khidmat tetuan Aini Hayati & Assoc..sbbnya 3 org rakan sy menggunakan khidmat peguam yg sama dan feedbacknya memuaskan..

Sementara tunggu proses tukar syarat..sy memulakan kerja menambun tanah..sy menggunakan pasir..mulanya nak guna tanah..tp keadaan tapak bekas bendang padi lama..sy ambil keputusan guna pasir..lgpun tapak akan lebih kemas lg klu guna pasir..untungnya sy xperlu buat beam keliling tanah sbbnya sekeliling tapak dah ada rumah..

Dengan kos rm150/lori..sy order pasir secara berperingkat..order skit2..bila cukup 35 lori..baru sewa case untuk ratakan pásir..sedikit merugikan sbb byk hari kena sewa case..lgpun lori xleh masuk sekaligus sbb org kampung dah bising lori lalu depan rumahnya..takut rosak jln..jd proses makan masa skit..xpe la..janji xsakitkan hati org kampung

Sebanyak 155 lori pasir digunakan untuk tambun tanah sedalam 3kaki..kosnya hampir rm23k..











Planning & Beli Tanah

Perancangan bina rumah ni sebenarnya bermula pada 2012 lg..masa tu sy rancang untuk bina rumah sendiri di tanah saya d chicha kubang kerian..lokasi sgt strategik..sy beli tanah tu pd tahun 2010..pelan rumah dah siap dilukis oleh arkitek..
disebabkan ada kenalan yg bekerja di mpkb, sy minta di uruskan..malangnya tanah tersebut termasuk dlm perancangan jalan..bila nk buat jalannya xtau..selepas berbincang..akhirnya sy buat keputusan untuk jual tanah tersebut..rugi pelan asal..
Tanah berjaya dijual..selang 2 bulan mertua offer tanah d pengkalan chepa..tanpa fikir panjang sy bersetuju nk beli..dengan keluasan 326depa..cukup luas utk bina sebuah rumah..tp tanah masih berstatus pertanian dan kena tambun hampir 3kaki..kira2 kos tambun hampir 22ribu..tambah harga tanah & kos pengurusan tukar syarat..kos utk tanah hampir 180k..tp berbaloi sbb harga semasa tanah ni 300ribu




Thursday, 1 September 2016

Perjalanan projek

Kenapa sy nak urus sendiri projek pembinaan rumah?Berbaloi ke tidak?boleh jimat ke?Xpenat ke?Ada masa ke nak urus?Pandai ke nak baca pelan rumah?

Dari awal lg sy bercadang nk urus sendiri pembinaan rumah sy..sbbnya kita boleh jimat hampir sekurang-kurangnya 20% drp harga klu kita beli rumah drp kontraktor.
Tp bergantung jgk pada kualiti brg yg kita gunakan nanti..klu beli yg mahal2 xde jimat jgk..tp berbaloi la..mengikut kemahuan kita..lgpun rumah yg dijual skrg agak mahal...tempat sy sebuah rumah banglo satu tingkat harganya antara 380k-500k..ikut keluasan..
Ramai jgk kawan2 sy yg urus bina rumah sendiri ni..penat memang penat..nak kerja lg..urus beli barang..lawat tapak..cari barang..tp hasilnya nti inshaallah dpt memuaskan hati kita..
Jd kalau kita xde pengalaman..jgn risau..rajin2 la bertanya kawan2..cari maklumat kt google..ada byk blog pasal bina rumah sendiri ni..alhamdulillah sy pandai baca pelan..ada background engineering..walaupun x jd engineer..jd tukang xble nk tipu sy..hehe..yg penting sy boleh imagine rumah yg bakal bina nanti..
Inshaallah sy akan berkongsi perjalanan projek ni dr awal sampai akhir..drp proses

1.pembelian tanah

2.membuat pelan rumah

3.melantik peguam 

4.permohonan pinjaman kerajaan LPPSA

5.permulaan projek

sehingga akhirnya..inshaallah..semoga selepas ini anda ada idea untuk memulakan projek bina rumah sendiri..panjang plak intro

Assalamualaikum..mukadimah

Assalamualaikum
Blog ini sekadar perkongsian dan coretan sy sepanjang menguruskan projek pembinaan rumah sendiri..
memang banyak blog serupa ini cuma mungkin pengalaman n perjalanan setiap projek berbeza..sekurang-kurangnya boleh menjadi panduan kepada anda..

segala kekurangan harap di maafkan